My Blog List


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

Kesimpulan konstruktivisme


  1. Ilmu dibina oleh pelajar
  2. Pengetahuan sedia ada pelajar akan memberi kesan yang samada positif atau negative.
  3. Bermula daripada persekitaran
  4. Pembinaan struktur ilmu tak berlaku secara tak sengaja Mesti ada perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang berpatutan.

Model 7 E's



MODEL 7 E’S

EXCITE (rangsangan)

  1. Memberi motivasi kepada murid
  2. Guna banyak bahan dan alat
  3. Aktiviti yang tidak berstruktur dan berstruktur eg permainan

EXPLORE (meneroka)

  1. Murid mula meneroka cara-cara untuk mendekati konsep yang telah di dedahkan dalam fasa “excite”.

EXPLAIN (menerangkan)

  1. Mula memberitahu atau menerangkan segalanya tentang konsep yang akan diajar daripada segi pemahaman sedia ada dan pengajaran yang lepas.
  2. Guru membantu dengan soalan-soalan yang berstruktur agar jawapan murid akan menjadi input untuk pemahaman murid

EXTEND (lanjutan)

  1. Aktiviti lanjut untuk menerangkan konsep
  2. Cuba untuk mendapatkan satu kesimpulan dan akan menguji hipotesis yang telah dibuat sebelum ini.

EXCHANGE (penukaran)

  1. Menukar kefahaman yang sedia ada sekiranya ada miskonsepsi
  2. Mengukuhkan idea yang telah dipelajari dengan mengaplikasikan dalam kehidupan

ii.

EXAMINE (penilaian)

  1. Penilaian
  2. Pastikan konsep fahaman murid adalah konsep yang ingin diajar

ZPD

Analisis SWOT Teori Konstruktivisme

Strength ( Kekuatan)

  • Berfikir dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
  • Kefahaman :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
  • Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep. Melalui pendekatan ini, murid membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
  • Guru sebagai pemudahcara,fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
  • Penerapan nilai koperatif dan kolaboratif memupuk semangat bekerjasama dan secara tidak langsung penglibatan murid akan aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
  • Pelajar membina dan mendapat pengetahuan serta kemahiran dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran untuk mencapai kefahaman.
  • Teori ini tidak menggunakan kaedah atau teknik pembelajaran yang kuno atau tradisional seperti menghafal, atau mengingat. Tetapi murid mendapat pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda mereka.
  • Oleh kerana pembelajaran berpusatkan murid dan murid terlibat secara terus, murid akan lebih faham, ingat, dan yakin maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

Weakness( Kelemahan)

  • Ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri kerana tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru.
  • Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
  • Menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

Opportunity (peluang)

  • Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.
  • Murid perlubertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiridan berusaha untuk menyelesaikan masalah.
  • Sentiasa mengadakan interaksi atau bertanya kepada guru agar dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman.

Treat (ancaman)

  • Memandangkan murid merupakan agen yang aktif di dalam kelas, kawalan kelas akan menjadi sukar untuk dikawal oleh guru.
  • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Guru merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru.

Model 5 E's




PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME